VISI

Menjadi peneraju utama pemakanan negara ke arah pembangunan generasi yang sihat.

MISI

Untuk mencapai tahap kesejahteraan pemakanan penduduk Malaysia, Bahagian Pemakanan akan:

  • Membangun dan melaksanakan program pemakanan yang berkesan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
  • Mengintegrasikan pemakanan ke dalam dasar dan program pembangunan negara.
  • Mempertingkatkan kerjasama antara agensi dalam melaksanakan aktiviti pemakanan.
  • Menggalakkan penglibatan aktif masyarakat

OBJEKTIF

Objektif Bahagian Pemakanan adalah untuk:

  • Menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat.
  • Mempromosi amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
  • Mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan berlebihan pengambilan zat makanan.