Susu ibu adalah yang terbaik

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Ini bermakna dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi :

Diberi susu ibu sahaja

Tidak perlu air atau susu tambahan

Tidak perlu makanan pelengkap

Kebaikan penyusuan susu ibu untuk bayi

  • Mengandungi nutrien yang mencukupi
  • Melindungi dari jangkitan
  • Mengurangkan risiko alahan
  • Menguatkan antibodi
  • Mengelakkan risiko KZM
  • Mengurangkan risiko diabetes, obesiti
  • Membantu tumbesaran bayi

Kebaikan penyusuan susu ibu untuk ibu

  • Mengeratkan kasih sayang
  • Mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan
  • Menjarakkan kehamilan
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
  • Menjimatkan masa dan wang

Penyusuan secara eksklusif bagi enam bulan pertama

  • Penyusuan susu ibu perlu diberi sehingga genap enam bulan iaitu 180 hari.
  • Penyusuan susu ibu eksklusif bermaksud tidak memberi makanan atau minuman lain selain susu ibu sahaja.
  • Vitamin, mineral tambahan atau ubat-ubatan boleh diberi jika diperlukan untuk sesuatu sebab.

Kepentingan

  • Membekalkan semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi pada enam bulan pertama.
  • Kandungan antibodi yang tepat dalam susu ibu dapat melindungi bayi dari jangkitan penyakit.
  • Mengurangkan kematian bayi melalui pengurangan insiden cirit-birit atau penyakit berjangkit.
  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan
  • Membantu pembentukan dan pertumbuhan rahang, gigi dan pertuturan yang lebih baik.