Senarai Semak Kembali Bekerja

  • Mahirkan diri memerah susu menggunakan tangan
  • Sediakan kelengkapan asas untuk menyimpan Susu Ibu Perahan (SIP) seperti bekas menyimpan susu, pek ais dan beg susu.
  • Simpan dan sediakan stok susu cair dan stok susu beku untuk kegunaan bayi secukupnya sebelum mula bekerja
  • Ajar dan latih pengasuh/penjaga bayi mengenai kaedah memberi susu ibu perahan kepada bayi.

Cara Memerah Susu Ibu Dengan Tangan

  • Ibu jari dan jari telunjuk diletakkan setentang pada bahagian tepi areola
  • Jari lain mengampu payudara
  • Tekan ibu jari dan jari telunjuk ke belakang (ke arah tulang dada).
  • Perah dan sasarkan kepada saluran susu untuk membantu aliran susu keluar.
  • Tekan ibu jari dan jari telunjuk ke belakang (ke arah tulang dada).
  • Perah dan sasarkan kepada saluran susu untuk membantu aliran susu keluar.
  • Lepaskan tekanan pada payudara
  • Ulang semula konsep TEKAN KE BELAKANG-PERAH-LEPAS beberapa kali sehingga susu habis dikeluarkan
  • Tekan dan perah diseluruh bahagian payudara untuk memastikan payudara kosong sepenuhnya

Ibu digalakkan mahir memerah susu menggunakan tangan. Pam susu adalah pilihan kedua.

Jangkamasa Ketahanan Susu Ibu Simpan (SIP) Mengikut Suhu

Simpan SIP di Ruang Bersesuaian Mengikut Panduan ini

Ruang Terbuka

Susu Ibu Baru Diperah
Suhu Bilik Biasa 25-37 ℃ = 4 Jam
Suhu Bilik Hawa Dingin 15-25 ℃ = 8 Jam

Susu Ibu Telah Dicairkan
Suhu Bilik Biasa 25-37 ℃ = Terus Digunakan
Suhu Bilik Hawa Dingin 15-25 ℃ = 1-2 Jam

Bekas Susu Berisi Pek Ais

Susu Ibu Baru Diperah
Suhu 15 ℃ = 24 Jam

Susu Ibu Telah Dicairkan
Tidak Digalakkan Simpan

Peti Sejuk Dingin

Susu Ibu Baru Diperah
Suhu 2-4 ℃ = 3-5 Hari

Susu Ibu Telah Dicairkan
24 Jam

Peti Sejuk Beku

Susu Ibu Baru Diperah
Suhu 0-2 ℃ = 3 Bulan

Susu Ibu Telah Dicairkan
Tidak Digalakkan Pembekuan Semula

Peti Beku

Susu Ibu Baru Diperah
Suhu 0-2 ℃ = 6 Bulan

Susu Ibu Telah Dicairkan
Tidak Digalakkan Pembekuan Semula

Panduan ini adalah bagi bayi sihat. Bagi bayi pramatang atau sakit, dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada Klinik Kesihatan Ibu Anak berdekatan.

PERALATAN ASAS MENYIMPAN STOK SUSU IBU PERAHAN (SIP) DI TEMPAT KERJA

PERSEDIAAN STOK BAGI SUSU IBU PERAHAN (SIP) UNTUK KEGUNAAN BAYI

CARA MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN (SIP) UNTUK PENYUSUAN