BUFFET SETTING

  • Menu dipesan adalah berdasarkan Panduan Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat.
  • Peralatan makanan yang sesuai untuk hidangan. Elakkan menggunakan peralatan yang diperbuat daripada melamine.
  • Makanan disediakan 15-20 minit sebelum waktu makan.
  • Menyediakan air kosong dan buah di setiap waktu makan.

Menyediakan sayuran pada waktu makan utama. Sayuran hendaklah segar dan dimasak tidak terlalu layu.

Memaparkan nilai kalori makanan dan Poster Promosi Pinggan Sihat Malaysia.
#sukusukuseparuh

Mengasingkan gula dan susu rendah lemak pada minuman panas.

Selepas Mesyuarat

  • Mengemaskan peralatan makanan sebaik sahaja selesai waktu makan.
  • Membersihkan ruang makan dari sisa makanan dan sampah.

MAKANAN BERBUNGKUS

  • Menu dipesan adalah berdasarkan Panduan Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat.
  • Makanan dihantar 15-20 minit sebelum waktu makan.
  • Menyediakan air mineral / air minuman dalam botol
  • Menyediakan buah yang tidak perlu dipotong

Menyediakan sayuran pada waktu makan utama. Sayuran hendaklah segar dan dimasak tidak terlalu layu.

Memaparkan nilai kalori makanan dan Poster Promosi Pinggan Sihat Malaysia.
#sukusukuseparuh

    • Bungkusan makanan yang sesuai untuk hidangan. Lauk diletakkan berasingan dan tidak bertindih. Jika ada makanan berkuah, hendaklah diletakkan di dalam bekas / dibungkus dalam plastik berasingan.
    • Memastikan makanan berbungkus tidak menggunakan bekas polisterina.
    • Membungkus peralatan sudu, garfu dan kertas tisu secara berasingan dari bekas makanan.

Selepas Mesyuarat

Menyediakan plastik / tong sampah yang mencukupi untuk pembuangan bekas dan sisa makanan