
Kerapkali anak-anak kecil menolak untuk makan ketika mereka demam. Jika ini berlarutan, risiko penurunan berat badan amat tinggi. Terdapat cara yang mudah bagi mengatasi masalah ini.
Ibubapa digalakkan untuk menyediakan bubur nasi cair dan masukkan santan atau susu tepung di dalam bubur nasi. Ini bertujuan untuk memberikan nilai kalori yang tinggi kepada anak-anak walaupun sukatan yang dimakan sedikit.

Kisar buah-buahan segar dan tambahkan dengan susu tepung sebagai minuman bagi memasti kan anak-anak mendapat air yg cukup.

Puri labu, keledek boleh disediakan dan ditambah samada dengan susu tepung atau santan.
