Ibubapa tidak perlu marah dan memaksa anak-anak untuk makan dalam sajian yang lengkap dengan sumber protein (contoh ikan, telur atau ayam), buah-buahan dan sayuran. Ini kerana selera anak-anak akan berubah bila usia mereka meningkat.
Ibubapa digalakkan untuk memberi sumber protein contoh ayam yang digoreng, sayur atau buah-buahan diwaktu selain dari waktu makan, contoh ketika menonton televisyen atau bermain.
Ibubapa boleh menjadikan sumber protein, buah dan sayur sebagai makanan ringan anak-anak bagi memastikan pengambilan makanan mereka seimbang.