makan-sayur

Ibubapa kerap mengalami masalah anak-anak tidak suka makan sayur dan buah. Selera anak-anak tidak sama seperti dewasa. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi menggalakkan anak makan sayur dan buah.

Sayur seperti bayam, karot boleh dikisar dan dimasukkan ke dalam sup yang dimasak

Sayur seperti bunga kobis, brokoli, karot boleh disapu dengan mentega dan dibakar

Kisar buah-buahan segar untuk diberikan kepada anak-anak

Ibubapa boleh menjadikan sayur sebagai makanan ringan seperti kerepek bayam

Buah-buahan segar boleh dipotong berupa kiub dan ditabur pada aiskrim untuk dijadikan makanan ringan