Secara amnya kanak-kanak berumur 4-6 tahun boleh mengambil makanan biasa yang disediakan untuk seisi keluarga.

Makanan yang disediakan perlulah kurang pedas, nerkuah atau bersup serta kurangkan makanan bergoreng.

Makanan yang disediakan perlu mempunyai warna dan persembahan yang menarik untuk menarik perhatian terutama bagi kanak-kanak yang memilih makanan (picky eater).

CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARI

KEKERAPAN PEMBERIAN MAKANAN

Kekerapan pemberian makanan utama : 3 kali sehari

Kekerapan pemberian snek* : 2 kali sehari

AGIHAN KALORI MENGIKUT WAKTU MAKAN

Purata keperluan kalori (kkal) harian untuk bayi dan kanak-kanak dalam sehari adalah penting bagi menjamin tumbesaran yang optimum.

Amalan makan secara teratur adalah penting untuk memastikan pengambilan tenaga dan nutrient yang mencukupi.

Umur

Purata saranan keperluan kalori harian (kkal) Sarapan (kkal) Minum pagi (kkal) Makan tengahari (kkal) Minum petang (kkal) Makan malam (kkal) Minum malam (kkal)
4-6 tahun 1255 155 150 350 150 350

100

Sarapan Pagi

2 keping roti
2 sudu makan kacang panggang

Minum Pagi

3 keping biskut
1 gelas susu (200ml)

Makan Tengahari

1 1/2 senduk nasi
2 sudu makan sayur bayam (dimasak/celur)
2 sudu makan sayur karot (dimasak/celur)
1/2 ekor ikan kembung goreng
1/2 potong buah tembikai
1 gelas air kosong

Minum Petang

1 potong betik

Makan Malam

1 senduk mee
2 sudu makan sayur bayam (dimasak/dicelur)
2 sudu makan sayur karot (dimasak/dicelur)
2 sudu makan isi ayam (direbus)
1 mangkuk kecil sup
1/2 potong buah tembikai
1 gelas air kosong

Minum Malam

1 gelas susu (200ml)

Penyediaan makanan yang berkhasiat dalah penting bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak kecil.

Makanan berkhasiat yang terdiri daripada lima kumpulan berasaskan Piramid Makanan Malaysia serta tekstur makanan yang bersesuaian mengikut kumpulan umur akan dapat memastikan bayi dan kanak-kanak mencapai keperluan nutrient harian mereka

TIPS PENYEDIAAN HIDANGAN SIHAT

Hidangan sihat merangkumi penyediaan makanan yang lengkap dengan nutrient yang diperlukan oleh tubuh, tinggi serat serta rendah kandungan gula, garam dan lemak.

Bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber serat yang tinggi. Berikut tips untuk menyediakan makanan tinggi serat:

  • Pastikan sekurang-kurangnya satu sajian berasaskan bijirin penuh seperti beras perang, oat, jagung dan gandum serta produknya dihidangkan dalam menu harian.
  • Hidangkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut.
  • Tambahkan sayur-sayuran dalam masakan ikan, ayam, daging dan tauhu.

CADANGAN MENINGKATKAN NILAI NUTRIENT DALAM MAKANAN

Umur Tekstur Makanan Hidangan Asal Cadangan Pengubahsuaian
Kanak-kanak (1-6 tahun)
  • Makanan keluarga
  • Makanan lembut
  • Bijirin sarapan + susu
  • Sup ayam
  • Nasi Putih
  • Lempeng kosong
  • Sandwic Keju
  • Biskut krim kraker
  • Mi goreng
  • Bijirin sarapan serat tinggi + buah + susu
  • Sup ayam + lobak merah + saderi
  • Nasi (beras putih + beras perang)
  • Lempeng oat + pisang
  • Sandwic keju + sayur
  • Biskut krim kraker + tuna
  • Mi goreng + telur mata + sayur