Kanak-kanak 1-3 tahun sedang mengalami proses peralihan daripada makanan bayi kepada makanan keluarga.
Oleh itu, masakan berkuah dan lembut perlu kerap dihidangkan.
Kekerapan pemberian makanan utama : 4-5 kali sehari
Kekerapan pemberian snek* : 1-2 kali sehari
Purata keperluan kalori (kkal) harian untuk bayi dan kanak-kanak dalam sehari adalah penting bagi menjamin tumbesaran yang optimum.
Amalan makan secara teratur adalah penting untuk memastikan pengambilan tenaga dan nutrient yang mencukupi.
Umur |
Purata saranan keperluan kalori harian (kkal) | Sarapan (kkal) | Minum pagi (kkal) | Makan tengahari (kkal) | Minum petang (kkal) | Makan malam (kkal) | Minum malam (kkal) |
1-3 tahun | 940 | 150 | 140 | 200 | 150 | 200 |
100 |
Sarapan Pagi
1 keping roti
1 gelas susu (150ml)
Minum Pagi
3 keping biskut
1 gelas susu (150ml)
Makan Tengahari
1 senduk nasi
2 sudu makan sayur bayam (dimasak/celur)
2 sudu makan sayur karot (dimasak/celur)
1/4 ekor ikan kembung goreng
1 gelas air kosong
Minum Petang
1 potong betik
Makan Malam
1 senduk mee
2 sudu makan sayur bayam (dimasak/dicelur)
2 sudu makan sayur karot (dimasak/dicelur)
2 sudu makan isi ayam (direbus)
1 mangkuk kecil sup
1 gelas air kosong
Minum Malam
1 gelas susu (150ml)
Penyediaan makanan yang berkhasiat dalah penting bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak kecil.
Makanan berkhasiat yang terdiri daripada lima kumpulan berasaskan Piramid Makanan Malaysia serta tekstur makanan yang bersesuaian mengikut kumpulan umur akan dapat memastikan bayi dan kanak-kanak mencapai keperluan nutrient harian mereka
Hidangan sihat merangkumi penyediaan makanan yang lengkap dengan nutrient yang diperlukan oleh tubuh, tinggi serat serta rendah kandungan gula, garam dan lemak.
Bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber serat yang tinggi. Berikut tips untuk menyediakan makanan tinggi serat:
- Pastikan sekurang-kurangnya satu sajian berasaskan bijirin penuh seperti beras perang, oat, jagung dan gandum serta produknya dihidangkan dalam menu harian.
- Hidangkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut.
- Tambahkan sayur-sayuran dalam masakan ikan, ayam, daging dan tauhu.
Umur | Tekstur Makanan | Hidangan Asal | Cadangan Pengubahsuaian |
Kanak-kanak (1-6 tahun) |
|
|
|