Bayi berusia 9-11 bulan perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil dan dimasak sehingga lembut.
Makanan jejari juga boleh diberi kepada bayi seperti biskut bayi, lobak merah rebus dan potongan buah-buahan lembut.
Tekstur makanan berubah secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan kanak-kanak.
Ini bersesuaian dengan perkembangan serta keupayaan mereka untuk makan.
Makanan dengan tekstur yang bersesuaian dapat mengelakkan bayi dan kanak-kanak daripada tercekik.
Kekerapan pemberian makanan utama : 2-3 kali sehari
Kekerapan pemberian snek* : 1-2 kali sehari
Purata keperluan kalori (kkal) harian untuk bayi dan kanak-kanak dalam sehari adalah penting bagi menjamin tumbesaran yang optimum.
Amalan makan secara teratur adalah penting untuk memastikan pengambilan tenaga dan nutrient yang mencukupi.
Umur |
Purata saranan keperluan kalori harian (kkal) | Sarapan (kkal) | Minum pagi (kkal) | Makan tengahari (kkal) | Minum petang (kkal) | Makan malam (kkal) | Minum malam (kkal) |
9-11 bulan | 690 | 150 | 50 | 200 | 50 | 190 |
50 |
Sayur dibasuh dengan bersih
Sayur diasingkan daripada batang
Sayur direbus
Sayur dicincang
Sayur dicincang sedia untuk dihidangkan
Ayam dibuang kulit
Ayam dibasuh bersih
Ayam direbus hingga lembut
Ayam dicincang
Ayam dicincang sedia untuk dihidangkan
Ubi kentang dibasuh bersih
Ubi kentang dibuang kulit
Ubi kentang dipotong kecil
Ubi kentang dipotong kecil sedia untuk dimasak
Sarapan Pagi
1 senduk bubur nasi
1 sudu makan karot (dipotong kecil)
1 sudu teh isi ayam (dipotong kecil)
Minum Pagi
1/2 potong betik di potong kecil
Makan Tengahari
1 1/2 senduk bubur nasi
1 1/2 sudu makan sayur bayam (dipotong kecil)
1 sudu teh isi ikan
1/2 sudu teh minyak
Minum Petang
1 biji pisang emas
Makan Malam
1 1/2 senduk bubur nasi
1 1/2 sudu makan karot (dipotong kecil)
1 sudu teh isi ayam (dipotong kecil)
1/2 sudu teh minyak
Hidangan sihat merangkumi penyediaan makanan yang lengkap dengan nutrient yang diperlukan oleh tubuh, tinggi serat serta rendah kandungan gula, garam dan lemak.
Bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber serat yang tinggi. Berikut tips untuk menyediakan makanan tinggi serat:
- Pastikan sekurang-kurangnya satu sajian berasaskan bijirin penuh seperti beras perang, oat, jagung dan gandum serta produknya dihidangkan dalam menu harian.
- Hidangkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut.
- Tambahkan sayur-sayuran dalam masakan ikan, ayam, daging dan tauhu.
Umur | Tekstur Makanan | Hidangan Asal | Cadangan Pengubahsuaian |
Bayi (9-11 Bulan) |
|
Kentang lecek Roti Putih |
Kentang lecek + sayur + daging cincang Roti putih + telur + oat |