Perkenalkan makanan pelengkap kepada bayi pada usia 6 bulan (180 hari) disamping meneruskan penyusuan susu ibu atau susu formula untuk mendapatkan bekalan nutrient untuk pertumbuhannya.
Mulakan makanan pelengkap dalam jumlah yang kecil (1/4 hingga 1/2 sudu teh setiap kali)

Tekstur makanan berubah secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan kanak-kanak.
Ini bersesuaian dengan perkembangan serta keupayaan mereka untuk makan.
Makanan dengan tekstur yang bersesuaian dapat mengelakkan bayi dan kanak-kanak daripada tercekik.

NOTA :
Semua makanan harus disediakan tanpa gula, garam atau perisa tiruan. Stok ayam/ikan bilis buatan sendiri boleh digunakan semasa penyediaan makanan bayi. Rujuk topik Panduan Penyediaan Stok.
Kekerapan pemberian makanan utama : 2-3 kali sehari
Kekerapan pemberian snek* : 1-2 kali sehari
Purata keperluan kalori (kkal) harian untuk bayi dan kanak-kanak dalam sehari adalah penting bagi menjamin tumbesaran yang optimum.
Amalan makan secara teratur adalah penting untuk memastikan pengambilan tenaga dan nutrient yang mencukupi.
Umur |
Purata saranan keperluan kalori harian (kkal) | Sarapan (kkal) | Minum pagi (kkal) | Makan tengahari (kkal) | Minum petang (kkal) | Makan malam (kkal) | Minum malam (kkal) |
6-8 bulan | 600 | 150 | 50 | 150 | 50 | 150 |
50 |


Labu dibersihkan dan dibuang kulit

Labu dipotong kecil

Labu dikukus

Labu dikisar halus

Puri labu sedia untuk dihidangkan

Lobak merah dibersihkan dan dibuang kulit

Lobak merah dipotong kecil

Lobak merah dikukus

Lobak merah dikisar kasar

Puri lobak merah sedia untuk dihidangkan

Pisang dibuang kulit

Pisang dipotong kecil

Pisang dilecek

Pisang lecek sedia untuk dihidangkan

Sarapan Pagi
1 senduk bubur
1 sudu makan karot (dilecek)
1 sudu teh isi ikan (dilecek)

Minum Pagi
Satu sudu makan pisang (di lecek)

Makan Tengahari
1 senduk bubur
1 sudu makan karot (dilecek)
1 sudu teh isi ayam (dilecek)
1/2 sudu teh minyak

Minum Petang
Satu sudu makan betik (dilecek)

Makan Malam
1 senduk bubur
1 sudu makan sawi (dilecek)
1 sudu teh isi ikan (dilecek)
1/2 sudu teh minyak
Hidangan sihat merangkumi penyediaan makanan yang lengkap dengan nutrient yang diperlukan oleh tubuh, tinggi serat serta rendah kandungan gula, garam dan lemak.
Bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber serat yang tinggi. Berikut tips untuk menyediakan makanan tinggi serat:
- Pastikan sekurang-kurangnya satu sajian berasaskan bijirin penuh seperti beras perang, oat, jagung dan gandum serta produknya dihidangkan dalam menu harian.
- Hidangkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut.
- Tambahkan sayur-sayuran dalam masakan ikan, ayam, daging dan tauhu.
Umur | Tekstur Makanan | Hidangan Asal | Cadangan Pengubahsuaian |
Bayi (6-8 Bulan) |
|
Bubur nasi | Bubur nasi + isi ikan + sayur |