Sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran

Ibu bersama bayi (rooming in) 24 jam sehari

  • Bayi dapat belajar mengenali ibunya
  • Bayi tidur lebih nyenyak
  • Membentuk ritma jaga dan tidur bayi
  • Ibu dapat belajar tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cue)
  • Ibu dapat memberi penyusuan awal
  • Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu
  • Mengelakkan bengkak payudara
  • Mengurangkan jangkitan pada bayi
  • Mengeratkan kasih sayang ibu dan bayi (bonding)

Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues)

Susu ibu harus diberikan pada bila-bila masa mengikut :

  • Kehendak bayi (on-demand)
  • Dorongan bayi (baby-led feeding)
  • Apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues)

Penyusuan susu ibu dengan kerap

Kepentingan penyusuan kerap

  • Memastikan bayi mendapat susu dengan cukup
  • Mengekalkan penghasilan susu
  • Elak bengkak payudara
  • Merangsang pengeluaran susu dengan cepat

Ibu haruslah :

  • Menyusu sekerap mungkin
  • Susukan bayi pada setiap peluang yang ada
  • Menyusu di waktu malamc
  • Memerah susu sekiranya terpaksa berpisah dengan bayi